Penyembelihan Dade Perang Seminole Kedua

Penduduk kulit putih disembelih oleh Seminoles. Dari buku 1836.Ilustrasi dari buku 1836 mengenai pembunuhan wanita oleh Seminoles
Rencana utama: Penyembelihan Dade

Apabila kesedaran bahawa Seminoles akan menentang pemindahan mula diterima, Florida mula bersedia untuk perang. Pasukan Bersenjata St. Augustine meminta jabatan Perang Amerika Syarikat meminjamkan 500 senapang lantak (musket). Lima ratus sukarelawan digerakkan di bawah Brig. Jen. Richard K. Call. Pasukan perang Indian menyerang ladang dan penempatan, dan keluarga petani lari ke kubu, Bandar besar, atau langsung keluar dari jajahan. Satu kumpulan pasukan perang yang dipimpin oleh Osceola menawan kereta api bekalan pasukan bersenjata militia Florida, membunuh lapan pengawalnya dan mencederakan enam yang lain. Kebanyakan barangan yang dirampas dapat kembali oleh pasukan bersenjata militia dalam pertempuran lain beberapa hari berikutnya. Ladang gula sepanjang persisiran Atlantik selatan St. Augustine dimusnahkan dengan ramai hamba di ladang tersebut menyertai Seminoles.[16]

Tentera Amerika Syarikat memiliki 11 kompeni, sekitar 550 tentera, ditempatkan di Florida. Fort King hanya memiliki satu kompeni tentera, dan ia dibimbangi bahawa mereka mungkin diatasi oleh puak Seminoles. Terdapat tiga kompeni di Fort Brooke, dengan dua lagi dijangka tiba bila-bila masa, dengan itu ia diputuskan bagi menghantar dua kompeni ke Fort King. Pada 23 Disember 1835 kedua kompeni, berjumlah 110 orang, meninggalkan Fort Brooke di bawan pimpinan Maj. Francis L. Dade. Puak Seminoles mengekori tentera berbaris selama lima hari. Pada 28 Disember puak Seminoles menyerang hendap tentera, dan menghapuskan mereka. Hanya tiga orang terselamat penyembelihan itu, dan seorang dari mereka, Edwin De Courcey, diburu dan dibunuh oleh seorang Seminole pada hari berikutnya. Dua lain yang terselamat, Ransome Clarke dan Joseph Sprague, kembali ke Fort Brooke. Hanya Clarke, yang mati akibat kecederaannya beberapa tahun berikutnya, meninggalkan kisah mengenai pertempuran tersebut dari sudut pandangan tentera. Joseph Sprague tidak tercedera dan hidup agak lama, tetapi tidak mampu memberikan kisah pertempuran kerana dia segera mencari perlindungan di kolam berdekatan. Pihak Seminoles hanya kehilangan tiga orang denga lima tercedera. Pada hari yang sama dengan Penyembelihan Dade, Osceola dan pengikutnya menembak dan membunuh Wiley Thompson dan enam yang lain dalam serangan hendap di luar Fort King.[17]

Berikutnya Major Ethan Allen Hitchcock diantara mereka yang menjumpai mayat dari kumpulan Dade pada Februari. Dalam journalnya dia menulis kisah sayu mengenai jumpaan tersebut, kemudian meluahkan tidak puas hatinya dengan pertikaian tersebut: "Kerajaan adalah salah, dan merupakan punca utama penentangan berterusan oleh Indian, yang hanya mempertahankan negara mereka dari usaha kita untuk menguatkuasakan perjanjian palsu. Pihak peribumi menggunakan semua cara bagi mengelakkan perang, tetapi dipaksa melakukannya oleh penindasan kerajaan kita.".[18]

Pada 29 Disember Jeneral Clinch meninggalkan Fort Drane (baru ditubuhkan di ladang Clinch, sekitar dua puluh batu (32 km) barat laut Fort King) bersama 750 askar, termasuk 500 sukarelawan yang kerahan akan berakhir pada 1 January 1836. Mereka menuju ke arah kubu kuat Seminole yang dikenali sebagai Teluk Withlacoochee, yang kini dikenali sebagai Tasik Tsala Apopka, kawasan banyak tasik di barat daya Sungai Withlacoochee. Apabila mereka sampai di sana, mereka tidak menjumpai tempat menyeberang, dan Clinch menyuruh tentera biasanya menyeberang sungai menggunakan kanoe tunggal yang mereka jumpa. Sebaik sahaja mereka seberang dan berehat, pihak Seminoles menyerang. Pihak tentera hanya dapat menyelamatkan diri dengan memasang bayonet dan menyerbu Seminoles, dengan korban empat orang mati dan 59 tercedera. Pihak militia memberikan perlindungan ketika anggota Tentera berundur menyeberangi sungai.[19]

Pada 6 januari 1836 satu kumpulan Seminoles menyerang ladang coontie milik William Cooley di New River , Broward County, Florida (kini Fort Lauderdale, Florida), membunuh isteri, anak dan guru anaknya. Penduduk lain kawasan New River dam county Biscayne Bay di selatan lari ke Key West.[20] Pada 17 Januari, sukarelawan dan pihak puak Seminoles bertembung di selatan St. Augustine di Ladang dan Kilang Gula Dunlawton dalam apa yang dikebnali sebagai Pertempuran Dunlawton. Pihak sukarelawan kehilangan empat orang dengan tiga belas cedera.[21] Pada 19 Januari 1836 sloop perang Tentera Laut USS Vandalia (1828) dihantar ke Teluk Tampa dari Pensacola. Pada hari yang sama 57 anggota Kor Marine di hantar dari Key West untuk membantu melindungi Fort Brooke.[22]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...